PUTRAJAYA: Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan keterangan lanjut dalam rayuannya berhubung saman sivil untuk memasukkan saham syarikat sebagai sebahagian daripada harta pusaka anak lelakinya.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk M.Gunalan menolak permohonan Aminah Abdullah dengan kos RM5,000.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Lee berkata mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan Aminah untuk mengemukakan keterangan Datuk Zakri Afandi Ismail dalam rayuan itu.
Beliau berkata Aminah mempunyai peluang untuk memanggil Zakri dan telah subpoena beliau tetapi memilih untuk tidak memanggilnya atas sebab-sebab yang hanya beliau (Aminah) sahaja yang mengetahuinya.
Hakim Lee berkata keterangan yang diperlukan oleh Aminah hanya dalam bentuk pernyataan afidavit yang difailkan oleh Zakri dalam tuntutannya terhadap dua cucu Aminah sambil menambah bahawa mahkamah belum menilai bukti itu kerana perbicaraan masih belum dimulakan.
Terdahulu, peguam Wan Zafran Pawancheek yang mewakili Aminah, memohon mahkamah menerima afidavit Zakri yang memfailkan saman berasingan terhadap dua anak Jamaluddin -- Ikhwan Hafiz dan Nur Anis -- apabila bekas rakan perniagaan Allahyarham itu mahu pemulangan saham dalam tiga syarikat termasuk Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insights Sdn Bhd.
Beliau berkata keterangan Zakri menyokong keseluruhan kes Aminah sambil menambah bahawa perbicaraan kes saman Aminah terhadap cucunya telah berakhir selepas Mahkamah Tinggi menyampaikan keputusannya pada Ogos tahun lepas.
Wan Zafran memberitahu mahkamah mereka telah cuba menghubungi Zakri, orang kepercayaan Allahyarham Jamaluddin untuk memberi keterangan sebagai saksi tetapi memutuskan sebaliknya selepas beliau meminta bayaran yang terlalu tinggi iaitu RM24,800 untuk memberi keterangan.
Beliau berkata saman yang difailkan oleh Zakri menunjukkan saham Alpine Motion dan Ivory Insights sepatutnya menjadi sebahagian daripada harta pusaka Jamaluddin.
Peguam Saheran Suhendran yang mewakili Ikhwan Hafiz berhujah keterangan Zakri tidak harus diterima kerana perkara itu masih belum dibicarakan. Beliau berkata Aminah mempunyai peluang untuk memanggil Zakri memberi keterangan dalam perbicaraan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.
Pada 13 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Aminah untuk pengisytiharan bahawa tiga juta saham Rantai Wawasan Sdn Bhd dimasukkan dalam senarai harta pusaka Jamaluddin.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan Aminah untuk pengisytiharan bahawa enam juta unit saham dalam syarikat Alpine Motion dan dua saham dalam Ivory Insight adalah sebahagian daripada harta pusaka peninggalan Allahyarham.
Ibu berusia 87 tahun itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk pengisytiharan bagi memasukkan saham Alpine Motion and Ivory Insight sebagai sebahagian daripada harta pusaka anaknya manakala dua cucunya pula membuat rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan saham Rantai Wawasan dimasukkan dalam harta pusaka itu.
Dalam saman yang difailkan pada 3 Jan 2019, Aminah mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaluddin, telah gagal memasukkan saham ketiga-tiga syarikat sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas Allahyarham meninggal dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.
Dalam penyataan tuntutannya, Aminah mendakwa cucunya gagal memasukkan saham tiga syarikat - Rantai Wawasan, Alpine Motion dan Ivory Insight sebagai sebahagian daripada harta pusaka anaknya dengan niat untuk menafikan hak dan kepentingannya sebagai waris.
Jamaluddin bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April 2015.
Sementara itu, Zakri telah memfailkan tiga saman berasingan terhadap Ikhwan Hafiz dan Nur Anis bagi pemulangan saham tiga syarikat yang ditubuhkannya bersama Jamaluddin ketika mereka bekerja di EPE Power Corporation Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Lee berkata mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan Aminah (berkerusi roda) untuk mengemukakan keterangan Datuk Zakri Afandi Ismail dalam rayuan itu. - Gambar fail/BERNAMA
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
MUDA gesa PM guna 'supermajority' tubuh IPCMC
Parti MUDA pada Sabtu menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Babas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hannah berdiam sebelum ini kerana enggan ganggu siasatan SPRM
Menerusi hantaran di laman X beliau, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Israel seksa tahanan, pesakit Palestin di hospital lapangan
Tiga doktor yang bertugas di hospital lapangan Sde Teiman mendedahkan tawanan dan pesakit rakyat Palestin diseksa semasa dalam tahanan Israel.
[KRONOLOGI] Pembunuhan Zayn Rayyan
Berikut adalah info berkenaan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan
Ibu bapa direman kerana ada perkembangan baharu dalam siasatan
Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga akan dilancar - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-kanak dan Keluarga dalam masa terdekat, bagi menangani isu keselamatan golongan berkenaan di alam siber, kata Menter
Dr Wan Azizah lancar siri buku kanak-kanak bertemakan Malaysia Madani
Dr Wan Azizahm elancarkan enam buku kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai Malaysia Madani sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.